Kekeluargaan | KPWKM cadang kursus selepas kahwin

2022-03-23 1

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian masih dalam peringkat untuk mempertimbangkan sama ada kursus itu wajib diambil oleh suami isteri tanpa mengira latar belakang agama dan sebaliknya.